Persekutuan Pelayanan Rebana SIB Kiau Taburi's Fan Box

Tuesday, August 11, 2009

Play the Sound of God

NYANYI DAN BERSORAKLAH

G D
Yesus ku penyelamatku
Em D C
Tiada yang seperti Engkau
Bm C Bm F D
Setiap waktu ku memuji keajaiban kasihMu
G D
Penghibur, pelindung
Em D C
Menara kekuatan
Bm C Bm
Biarlah semua yang bernafas
F D
Tak berhenti memuji Mu
G Em C
Nyanyi dan bersoraklah bagi Dia
G Em Am D
Pujian hormat, kuasa bagi raja
G Em C
Gunung tinggi laut bergelora
D D7
Mendengar, suaraMu
G Em C D
Ku bersuka atas perbuatan Mu
G Em C D
Ku bersuka atas perbuatan Mu
G Em Am D
S’lamanya kukasihi Engkau Tuhan
G Em C D7 G
Tiada janji s’perti yang ada padaMu

Tuesday, July 21, 2009

New Enviroment!!

Shallom...

Sedar tidak sedar sudah tujuh bulan kita menempuh tahun 2009! Pelbagai karenah kehidupan yang kita lalui. Ada yang manis, pahit, sedih , gembira dan macam-macam ada. Bagi mereka yang melalui yang 'Manis + gembira' hargailah saat-saat itu. Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja kerana di suatu ketika nanti tiba masanya ia bertukar rasa pula.

Di sini pihak "admin" ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain rebana yang telah berjaya sama ada anda bekerja ataupun bersekolah. Ingat! Itulah berkat Tuhan yang tidak pernah berhenti jika kita benar-benar berharap kepada-Nya!anywayzzz...GOD BLESS and ALL THE BEST TO YOU ALL!!!!!:)




Arolin

Sunday, April 19, 2009

Senaman Mulut...LOL..hahaha

1. PTI & Pulis

ada Om tinggal di penampang.. tem tu pulis jupa dia d KK..

erm ikuti perbualan dia

POLIS : eh..kamu mari sini
OM : ya tuan ada apa?
polis : ko ni ada IC ka? kasi tunjuk sia? masam pTI ja ko ni taw
OM : eh tuan.. sakap jan sebarang sakap, sa urang tempatan ba ni
POLIS : ba kasi tunjuk sia ko punya ic dulu
OM : (sambil cari wallet dia) eh tuan, dumpit sa tinggal di ruma sa, sanaa penampang
POLIS : ba teda2..balai sarita.. naik tu luri
OM : tuan, jan la masam ni, sa ada ic ma tuan, tertinggal ja ni.. suba tuan tya pasal sabah, sa buli jawab punya
POLIS : ba cuba ko kasitaw nama ketua kampung d penampang tempat ko tinggal (kebetulan tu polis pun urang penampang)
OM : owh..senang tu tuan.. ketua kampung tu jiran sa ja tu, besebelah ja rumah kami c anu bin sipolan nama dia
POLIS : ba mimang urang tempatan la ko ni tiapala, sa lepaskan ko kali ni.. lain kali jan lupa bawa ic arr..
OM : terima kasih tuan
POLIS : sikijap sa tya ni soalan terakhir.. suba ko nyanyi lagu kebangsaan malaysia
OM : dengan yakin & berdiri tegak dia nyanyi "CUTI-CUTI MALAYSIA"
POLIS : ba naik2.. balai cerita



2. Kampung Dangir (Fames ni)

Ada ni om bah. Dia mau naik bas di KK bah. Jadi dia pigi tu bus stop lah dekat Shangrila sana dapan pawagam poring sama kilan tu (dulu banyak bas singgah sana bah kan). Dia carilah bas penampang.

"Nampang nampang jalan baru!" ka di conductor bas. Itu om pun pigi tanya lah sama tu conductor, "Eh, bas iiinii pigi kampung dangir kah?". Ko tau lah dia punya slang indon pun bikin ketawa.

"Kampung Dangir?", tanya tu conductor. "Mana ada Kampung Dangir di Penampang!".

"Aaada bah itu! Aada itu kampung dangir itu!", cakap tu Om. "Naanti sia kasih tiiinguu kamu".


"Bah sia inda tau lah kau om, kau naik sajalah bas ni. Ini bas donggongon."

Jadi tu om naik lah sama tu bas. Setelah tu bas limpas hongkod koisaan sudah dan dekat sudah dengan Donggongon, tiba-tiba itu om tekan tu butang merah di bas. "Tiiiit Tiiiit!!"

"Bah mana ko punya kampung dangir Om", tanya itu conductor, "Ini bukan kampung dangir!"

Itu om pun turun dari bas dan dengan suara yang confiden dia bilang "Nah, tu... Kampung Dangir buduh!", sambil menunjukkan jarinya kepada papan tanda di tepi jalan yang tertulis "DANGER".

Tuesday, March 31, 2009

Bengkel Rebana 2009

Berita gembira untuk semua Penari Rebana SIB Kiau Taburi khususnya dan bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Bengkel Rebana kali kedua anjuran Persekutuan Pelayanan Penari Rebana. Bengkel ini akan diadakan pada 1 - 2 Mei 2009 bertempat di Gereja SIB Kiau Taburi. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan pengerusi PPRSIBKT. Buat team rebana, kita sama-sama berdoa supaya bengkel ini terlaksana seperti yang dirancangkan.

Yeremia 29:11
Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.

Wednesday, March 4, 2009

Thursday, February 26, 2009

Mustard Seeds Christian Dancing "In The Beginning"




"Mustard Seeds" giat melayani Tuhan dengan cara mereka yang tersendiri. Pelayanan mereka berasaskan Drama dalam Tarian...Misi mereka "We Dance for Jesus and Share the Love of Jesus". Hip Hop adalah tarian yang seringkali digunakan dalam Drama Tarian mereka ini. Walaupun terdiri daripada berbilang bangsa namun mereka tetap bersatu sesuai dengan matlamat mereka.

P/s 'yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan' ;p

Wednesday, February 25, 2009

6 Messages to the Church

Mukjizat Kesembuhan, Undangan Ilahi Ke Syurga
Oleh: Penatua Brani Duyon
Transkripsi dan Terjemahan dari VCD kesaksian oleh: Alfred Chia dan Ryan LG

Pengenalan
Sekitar Bulan Mei Tahun 2006, seorang hamba Tuhan telah dipanggil secara khusus ke Syurga untuk bertemu dengan Tuhan Yesus bagi mendapatkan “Wahyu Khusus” yang mengandungi Enam Pesanan.

Penatua Brani Duyon @ Efendie, 52 , bangsa Dusun, berasal dari SIB Bayayat, Kota Belud, Sabah, Malaysia. Beliau Pernah menjadi seorang Gembala Sidang di SIB Melangkap Baru, Kota Belud (Taginambur) beberapa masa. Kemudian menjadi Ketua Sidang di SIB Bayayat pada 2005-2006.

Pada 21 April 2006, Anak kami yang menetap di Semenanjung Malaysia telah memanggil kami dengan tujuan menghadiri majlis hari perkahwinan mereka. Tetapi baru seminggu berada di sana, saya tiba-tiba mengalami “stroke”. Saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia. Doktor memeriksa saya dan mengatakan ada sel-sel darah pada otak saya telah pecah dan perlu dibedah pada masa itu juga. Saya telah ditempatkan di Bilik Unit Kawalan Rapi selama sebulan. Saya dalam koma tanpa sedarkan diri selama lebih daripada 1 minggu. Pada masa itu ramai hamba-hamba Tuhan yang datang melawat, antaranya ialah Mantan Presiden Gereja SIB Sabah, Pst Taipin Melidoi dan Timbalannya Pastor Dtk Arun Selutan, Bendahari Agung, Pst. Michael dan ramai lagi hamba Tuhan di Semenanjung datang mengunjungi dan mendoakan saya.

Pada suatu masa saya bermimpi ada hujan yang turun datang dengan lebatnya tetapi hairannya hujan itu hanya menuju ke arah saya sahaja. Saya mentafsirkan mimpi saya ini adalah jawapan doa-doa dari hamba-hamba Tuhan yang telah mendoakan kesembuhan saya. Puji Tuhan,dengan kuasa-Nya saya telah disembuhkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Pada minggu ke-3, bulan Mei 2006, tengah malam, saya merasa hairan kerana saya tidak dapat tidur sedangkan pesakit-pesakit yang lain sudah nyenyak tertidur. Ketika itu, hanyalah Yesus berada dalam fikiran saya dan saya teringat Firman dalam Yesaya 43:26 yang mengatakan “ingatlah akan Tuhan, marilah kita berperkara” dan ayat firman ini bermain-main dalam ingatan saya. Fikiran saya terus tertumpu kepada Tuhan Yesus. Dan saya merasakan bahawa Dia berada di sisi saya ketika itu.

Saya kemudian berdoa dalam roh. Selepas saya selesai berdoa saya mula untuk tidur namun masih tidak dapat juga. Lalu saya bersandar pada katil. Tiba-tiba saya merasakan ada seseorang yang menepuk bahu dan mengusap-usap kepala saya. Keadaan seperti ini berlaku agak lama. Selepas itu saya merasakan ada sesuatu yang mengalir yang luar biasa dalam tubuh kehidupan saya. Saya merasakan hal itu suatu belas kasihan seorang bapa terhadap anaknya. Dalam hati saya teranya-tanya siapakah orang ini. Lalu saya berdepan dan bersemuka dengan mahkluk itu ternyata dia seorang perwatakan seperti lelaki muda yang kacak, sasa dan tinggi dengan berpakaian putih, rambut panjang mencecah bahu. Lalu saya bertanya kepadanya “adakah Kau ini Tuhan yang sentiasa saya fikirkan?” Tetapi dia tidak menjawab cuma mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Saya berkata lagi “jika engkau bukan Tuhan, siapakah engkau?”. Kini dia menjawab “Akulah utusan dan dari Syurga atas perintah Yesus untuk datang kepada mu malam ini untuk membawa berita baik”

Lalu saya sedar dia ini adalah Malaikat yang diutuskan oleh Tuhan. “Apakah khabar baik yang kau bawa untuk kau perdengarkan kepada saya?” saya bertanya lagi kepada Malaikat itu. Lalu kata Malaikat itu, “Malam ini saya diutus oleh Tuhan Yesus untuk menjemput engkau naik ke Syurga”. Jiwa saya terus jadi tenang dan damai walaupun dalam keadaan sakit. Saya merasa seolah-olah saya tidak mengalami kesakitan. Pada ketika itu juga saya sembuh apabila malaikat berkata akan membawa saya naik ke syurga. Lalu saya berkata kepada Malaikat itu, “saya sedia mengikuti engkau pergi ke syurga, sebab saya teringin betul bertemu dengan Tuhan saya”.

Ketika kami memulakan perjalanan saya terlihat tubuh saya yang terbaring di katil. Kami keluar dan sampai di luar Hospital saya melihat seekor Kuda yang luar biasa besar dan tingginya. “Kuda inilah yang kita akan naiki” kata Malaikat itu. Saya dibantu oleh Malaikat menaiki kuda itu kerana kuda itu sangat tinggi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Bolehkah kita sampai ke Syurga dengan menaiki kuda ini?” lalu Malaikat itu menjawab, “tentu sekali, jangan takut dan jangan bimbang. Adakah kamu membaca Firman Tuhan ketika Nabi Elia diangkat oleh Tuhan?” tanya Malaikat itu. “ya, saya ada membacanya, kereta yang datang menjemputnya ialah Kereta Berapi dan Kuda Berapi”, jawab saya. “Benar, inilah kuda itu” kata Malaikat itu.

Pada mula kami bertolak kuda itu hanya berjalan dengan perlahan-lahan, namun selepas kira-kira seratus meter kami berjalan, tiba-tiba kuda itu meluru laju dan dan bergerak dengan pantas sekali seolah-olah seperti disambar badai dan kuda itu tidak lagi menyentuh tanah tetapi terbang. Kami melintasi pergunungan namun semua gunung itu kelihatan rata kerana kami bergerak dengan kuasa Tuhan.

Selepas itu kami sampai ke satu padang yang sangat luas, subur, rumputnya hijau dan tidak ada yang kering (Mazmur 23:2 Raja Daud berkata “Dia membaringkan aku dipadang yang berumput Hijau”). Lalu Malaikat itu memberhentikan kuda dan kami berjalan.

Kelihatan di hadapan kami sebuah Kerajaan Tuhan. Ketika kami berjalan di tengah padang ini saya mendengar lonceng berbunyi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Apakah tujuan Bunyi Lonceng itu?”. Malaikat menjawab, “itulah lonceng memanggil, menandakan seseorang telah datang”

Kami terus berjalan dan lonceng terus berbunyi sehingga kami sampai di hujung padang dan kelihatan sebuah rumah yang sangat cantik dimana di atasnya terdapat lampu berkelip-kelip berwarna merah seperti lampu Trafik. Di tengah lampu itu terdapat angka ‘51’. Saya bertanya kepada Malaikat itu apakah ertinya. Malakat berkata, “Berapa umur kau sekarang?” ketika kejadian ini umur saya ialah 51 tahun “itu adalah umur kau sekaligus nombor rumah kau” kata Malaikat itu. Saya sungguh merasa sukacita dan damai apabila mendengar penjelasan Malaikat itu dan melihat rumah yang Tuhan sediakan untuk saya. Kelihatan di situ banyak rumah yang telah disediakan oleh Yesus bagi anak-anak Tuhan yang percaya dan mengikuti-Nya. Kami terus berjalan lagi dan sampai ke satu pintu Gerbang yang dibuat daripada Emas.

Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke sebuah rumah yang sangat besar. Ketika kami sampai di situ terdapat ramai orang berada dalam rumah itu. Saya percaya mereka ini adalah orang-orang kudus yang telah Tuhan pilih. Mereka sedang memuji Tuhan ketika itu. Kelihatan Yesus sedang duduk di atas tahktanya sambil orang-orang memuji dan menyembah Dia. Mereka semua memuji dengan segenap hati dan menari, mengangkat tangan dan bersujud dan melutut. Dalam hati saya berkata, ‘kalau beginilah cara ibadat orang-orang Kristian di Dunia tentu sangat senang sekali hati Tuhan’,

Kelihatan ramai yang menangis memuji Tuhan ketika itu. Saya lihat Yesus tersenyum melihat mereka khusuk menyembah Tuhan. Yesus menaikan tangan mereka. Tangan mereka naikkan ke arah Yesus, dan Yesus juga mengangkat tangan memberkati mereka semua. Di akhir ibadat itu kelihatan Yesus berjalan- di tengah-tengah mereka dan Dia mengelap air mata mereka-mereka yang menangis. Lalu saya teringat seperti dalam Kitab Wahyu, ‘apabila kamu berada di sana (syurga) nanti semua air mata akan dihapuskan’.

Kemudian Malaikat itu membawa saya masuk ke dalam berjumpa dengan Yesus. Dan Malaikat itu berkata kepada Yesus “Tuhan, inilah anak-Mu yang engkau pilih untuk dibawa ke sini”. Yesus berkata “syabas! anak-Ku engkau telah datang hari ini” Kemudian Yesus memeluk saya dan saya menangis gembira dan damai kerana dapat bertemu Yesus. Jiwa saya bersukacita kerana dipeluk Yesus ketika itu.

Malaikat itu berkata “Tuhan, saya ada pergi ke rumahnya di dunia ketika dia ini sakit, tetapi Engkau lebih mengetahuinya” Lalu Yesus berkata “Ya, Aku mendengar dan melihat tentang dia dan apa yang berlaku ketika itu,” Kata Yesus. Kata Malaikat itu lagi, ”Pada masa itu, saya telah mendengar isterinya berdoa meminta pertolongan Mu Tuhan.” “Dalam doa isterinya: ‘Tuhan tolonglah kami, janganlah panggil dia buat masa ini, kerana kami benar-benar belum bersedia untuk ditinggalkannya’ begitulah doa isterinya,Tuhan”, Kata Malaikat. “Aku tahu segalanya. isterinya seorang yang takut akan Aku, dan seorang yang setia mengikut Aku dan tekun berdoa pada-Ku”. Jelas Yesus. Dan sekali lagi jiwaku menangis kerana teringat dengan kesetiaan iman isteriku ketika itu, sedangkan mereka di dunia dan saya berada di Syurga pada ketika itu.

Kemudian Tuhan berkata lagi, “Anak-ku, engkau akan kembali lagi ke dunia, sebab masa kamu untuk datang ke sini belum tiba lagi, banyak pekerjaan-Ku yang perlu engkau lakukan bila engkau kembali ke sana, engkau akan sangat sibuk untuk melayani bagi-ku”, Kata Yesus. Lalu saya menjawab, “Tuhan, tolonglah,jangan suruh saya kembali ke dunia, kerana jiwa saya tenang bersama-Mu di sini, saya damai di sini berada dekat dengan Mu Tuhan, janganlah suruh saya kembali.”, Tetapi waktu itu, saya melihat wajah Yesus menjadi sedih kerana saya membantah-Nya. Dan kerana wajahnya yang kecewa, lalu saya mohon keampunan kerana menyakiti hati-Nya. Lalu saya katakan, “Tuhan, saya sedia untuk balik ke dunia, tetapi tolonglah saya Tuhan apabila sampai di sana, berikanlah saya kekuatan, peliharalah saya di manapun saya berada, sertailah saya Tuhan,” Dan Tuhan menjawab, ”Ya, jangan bimbang, di mana pun engkau berada melakukan pekerjaan-pekerjaan-Ku, Aku akan sentiasa menyertai kamu”. Pada masa itu, Malaikat telah pun siap sedia untuk menghantar saya untuk kembali ke dunia.

Tetapi sebelum kembali, Yesus memberikan saya beberapa pesan dan menyuruh saya untuk memberitahu pesan ini kepada semua anak-anak Tuhan di Bumi. “Pesan ini SANGAT PENTING untuk mereka ketahui” tegas Yesus. Kemudian Yesus katakan lagi, bahawa saya akan sibuk untuk bekerja bagi Dia untuk menyampaikan pesan penting ini. Saya juga diminta-Nya untuk menyampaikan segala sesuatu pengalaman saya kepada semua anak Tuhan,supaya mereka juga diberkati dan mendapat kekuatan baru mengikut Yesus.

Kata Yesus, “apabila engkau kembali kembali ke Bumi beritahu kepada semua anak-anak Ku pesan ini”

(Ada ENAM PESAN yang Tuhan Yesus telah berikan kepada saya.) Pesanan ini adalah seperti berikut:-

PESAN PERTAMA :
“Beritahu anak-anak Ku, Hendaklah mereka percaya sungguh-sungguh dengan segenap hati, segenap kekuatan dan segenap akal budi. Orang yang bimbang dan ragu langsung tidak sampai ke sini (syurga).” kata Tuhan Yesus

PESAN KEDUA:
“Beritahu anak-anak Ku,Hendaklah mereka setia datang dalam kebaktian kerana di situlah Aku akan menyinari wajah mereka dan di situlah mereka akan mencari wajah Ku. Hati ku sangat gembira melihat anak-anak Ku, berada dalam gereja pada waktu kebaktian.” kata Tuhan Yesus

PESAN KETIGA:
“Beritahu anak-anak Ku, jendaklah mereka setia berdoa, setia melakukan perintah-perintah Ku dan tinggal tetap dalam Firman Ku.” kata Tuhan Yesus

PESAN KEEMPAT:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka setia memberi Persepuluhan dan memberi Persembahan Khusus.” kata Tuhan Yesus

Pada ketika Tuhan Yesus menyebutkan Pesan Keempat ini, Dia berkata “Anak Ku, lihat di sana,” Dia menunjukkan kepada saya Rumah-Rumah yang sungguh cantik yang sudah siap bagi anak-anak-Nya. “Anak Ku, rumah-rumah ini Aku sediakan bagi semua Anak-Anak Ku yang percaya dan taat kepada Ku”, Kemudian Yesus menunjukkan saya rumah-rumah yang belum siap dan belum lengkap. Saya bertanya “Tuhan, kenapa banyak rumah-rumah di sini yang belum siap?” Yesus menjawab “Anak Ku, rumah ini adalah kepunyaan Anak Ku yang berat tangan memberi Wang Perpuluhan dan Wang Persembahan. Namun rumah ini hanya akan siap apabila mereka sedia memberi lebih lagi Perpuluhan dan Persembahan di dalam Rumah Ku.” kata Tuhan Yesus

PESAN KELIMA:
“Beritahu anak-anak Ku, Hendaklah mereka menyerahkan kepada Ku dalam doa semua harta-harta, keberadaan mereka sewaktu hidup di Bumi supaya Aku melindunginya dan memberkatinya. Ini adalah kerana apabila Aku datang ke-dua kali nanti janganlah mereka terikat dengan kekayaan di dunia. Ingat apa yang terjadi dengan Isteri Lot.” kata Tuhan Yesus.

PESAN KEENAM:
“Beritahu anak-anak Ku, hendaklah mereka berjaga-jaga dan bersedia kerana Aku akan datang SEGERA. Cepat dari yang disangkakan!.” kata Tuhan Yesus

( Kedatangan Tuhan Yesus tidak diketahui, tetapi Pengangkatan pasti akan terjadi. Tuhan Yesus akan datang tidak lama lagi!!!)

Pada ketika Yesus menjelaskan pesan yang ke-6, iaitu masa kedatangan-Nya, Yesus memperlihatkan kepada saya keadaan langit yang cerah, tidak ada awan dan kelihatan Yesus dengan tangan-Nya terbuka ke Bumi dengan suara “Aku siap menanti anak-anak Ku.” Kemudian ketika itu saya terlihat ramai orang berjubah putih berterbangan naik ke langit menuju ke tempat Yesus dan mereka dikumpulkan pada satu tempat. Banyak keluarga Kristian yang percaya terangkat naik, ramai juga yang sekeluarga naik sekaligus. Kelihatan suami-isteri dengan anak-anak mereka terus naik menuju ke tempat Yesus. Hati saya sungguh damai dengan penglihatan ini.

Kemudian Yesus berkata “lihatlah ke bawah” Yesus menunjukkan saya penglihatan keadaan di bumi melalui Teropong Ajaib. Apabila saya tunduk melihat melalui teropong itu saya ternampak keadaan kacau-bilau, keadaan tidak aman di dunia ketika itu. Kelihatan ramai berlarian, berteriakan, ibubapa mencari anak-anaknya, anak-anak remaja mencari ibubapa mereka. Kemudian Tuhan memperlihatkan keadaan Gereja di tempat saya, dan saya sungguh sedih masih ada yang tidak terangkat.

Di akhirnya Tuhan Yesus berkata kepada saya “Setialah mengikuti Ku. Apapun yang engkau telah lihat dan dengar hendaklah engkau sampaikan kepada anak-anak Ku di Bumi”.

Selepas itu Malaikat itu menghantar saya kembali ke Bumi dengan menaiki kuda yang sama. Kami sampai ke Bumi sangat cepat sekali. Malaikat itu menghantar saya masuk ke Hospital dan saya terlihat tubuh duniawi saya dan ketika itu juga saya tidak melihat lagi tubuh roh saya semasa naik ke syurga.

Ketika saya sedar dengan tubuh nyata di bumi saya sudah merasakan sudah sembuh sepenuhnya. Puji tuhan kerana kuasa dan penyertaan Tuhan Yesus.

Pada ketika saya di syurga keadaan tubuh saya menjadi muda semula seperti remaja berbanding tubuh saya sekarang ini di bumi.

Setakat inilah kesaksian saya bersama Tuhan Yesus di Syurga.


Sumber:http://spiritlessons.com/indonesia/Documents/Bahasa_Malaysia_Mukjizat_Kesembuhan_Undangan_Ilahi_Ke_Syurga_6_Messages.htm

Friday, February 20, 2009

Jom Sharing....

Jom kita sharing2....

Ini idea c Ms Dwinah ni...ba korg buli bg lah di sini.Klik comment .Pas tu post comment...taiplah apa2 ja yg korg mo sharingkan...klu boleh letak nama la supaya senang kita mo kenal2 k....

Kisah di balik Lagu

Kisah di Balik Lagu



pengarang : NN


Dahulu di tahun 50-an ada seorang penyiar radio, pelawak, dan penulis lagu di Hollywood, yang bernama Stuart Hamblin. Ia dikenal karena peminum, gonta-ganti wanita, suka pesta pora, dan lain-lain.

Salah satu lagu hits-nya pada waktu itu adalah "Aku Tidak Mau Pergi Berburu Denganmu Jake, Tapi Aku Pergi Berburu Cewek". Pada suatu hari seorang pengkhotbah muda mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) di Tenda. Hamblin mengajaknya ikut siaran di acara radionya untuk mengolok-olok dia.

Untuk mengumpulkan informasi lebih banyak untuk acaranya, Hamblin menghadiri salah satu acara KKR itu. Pada awal acara ibadah itu sang pengkhotbah mengumumkan, "Di sini ada seorang pria yang hidupnya penuh kepalsuan." Mungkin saja ada orang-orang lain yang merasa hal yang sama, namun Hamblin merasa yakin bahwa dirinyalah yang dimaksud pengkhotbah itu (beberapa orang menganggapnya ia tertempelak), namun ia tak bertobat. Perkataan itu terus menghantuinya sampai beberapa malam kemudian, sehingga ia muncul di depan pintu kamar hotel pengkhotbah itu dalam keadaan mabuk pada sekitar jam 2 pagi, meminta agar pengkhotbah itu berdoa baginya. Namun pengkhotbah itu menolak, sambil berkata, "Ini adalah urusan anda dengan Tuhan dan saya tidak ingin mencampuri." Meskipun demikian pengkhotbah ini mempersilakan Hamblin masuk ke kamar hotelnya dan mereka berbicara sampai jam 5 pagi, hingga Stuart bertekuk lutut di hadapan Tuhan dan menangis, berseru kepadaNya.

Itu bukanlah akhir kisahnya. Sejak saat itu Stuart berhenti minum-minuman keras, berhenti mengejar-ngejar wanita, berhenti melakukan segala hal yang "fun". Segera ia mulai tidak disukai lingkungan Hollywood. Akhirnya ia dipecat dari stasiun radio itu ketika ia menolak perusahaan bir menjadi sponsor. Ia mengalami masa yang sukar. Ia mencoba menulis beberapa lagu "Kristen", namun yang meraih sukses hanya lagu "This Old House", yang digubah untuk temannya, Rosemary Clooney.

Sementara ia terus bergumul, seorang sahabat lamanya, John, menemuinya dan berkata kepadanya, "Semua kesulitan ini dimulai ketika engkau menemukan "agama". Apakah hal itu layak untuk ditukarkan dengan semuanya?" Stuart berkata sejujurnya, "Ya." Kemudian sahabatnya ini bertanya, "Dahulu engkau sangat menyukai minuman keras, apakah tidak pernah kepingin lagi?" Dan jawaban Stuart, "Tidak!" Lalu John berkata lagi, "Aku tidak mengerti bagaimana engkau bisa berhenti minum dengan mudah."

Dan jawaban Stuart adalah, "Itu bukan rahasia besar. Segalanya mungkin bersama Tuhan." Atas jawaban ini John berkata, "Nah, itu adalah perkataan yang menarik. Engkau harus menulis sebuah lagu tentang hal itu." Dan seperti orang bilang, "Selebihnya menjadi sebuah sejarah."

Lagu yang digubah Stuart adalah "It Is No Secret" yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, "Tak Tersembunyi Kuasa Allah."

Tak tersembunyi, kuasa Allah
Yang lain ditolong, saya juga
Tangan-Nya terbuka, menunggulah
Tak tersembunyi, kuasa Allah.

Ngomong-ngomong, sahabat Stuart itu adalah John Wayne. Dan pengkhotbah muda yang menolak mendoakan Stuart Hamblin? Dialah …Billy Graham!


sumber:http://www.airhidup.com

Thursday, February 19, 2009

Hati Hamba




Ku tak dapat lupakan
Kebaikan yang ku t'rima
PengorbananMu yang mulia
Jadikan ku berharga

Kau Tulus menerima
Aku apa adanya
Kekuatan kasihMu nyata
Memulihkan hidupku

Kau bukan Tuhan yang melihat rupa
Kau bukan Tuhan yang memandang harta
Hati hamba yang s'lalu kau cari
Biar Kau temukan di dalam ku
S'lama kuhidup
Kumau menyembahMu
S'bab Engkau sangat bererti bagiku
Yang terbaik yang ada padaku
Kupersembahkan kepadaMu Yesusku....

Yang terbaik
Kumau berikan bagiMu
Yesus Tuhanku

Friday, February 13, 2009

Symbolic Biblical Colours

RED - blood and atonement Leviticus 17 v11, Hebrews 9 v12-14


BLUE - Heaven and heavenly grace Exodus 24 v10


PURPLE - royalty Judges 8 v26, Mark 15 v17-18


WHITE - purity and holiness Psalm 51 v7, Matthew 17 v2, Revelation 3 v4


SILVER - redemption Numbers 18 v15-16


GOLD - divinity and Gods Glory Exodus 37, Exodus 40 v 34-35, Revelation 1 v13-14


BRONZE / BRASS - judgement Exodus 27 v1-3, Exodus 30 v17-21


YELLOW - celebration and joy Isaiah 51 v11, Isaiah 61 v3, Hebrews 1 v9


GREEN - new life Psalm 92 v12-14, Hosea 14 v8


BROWN / GREY - repentance and humility Esther 4 v3, Daniel 9 v3-5


ORANGE / YELLOW / RED - fire and the Holy Spirit Acts 2 v3


PLUM - richness, abundance, infilling of the Holy Spirit Hosea 2 v22, Joel 2 v24


BLACK - sin and death Psalm 23 v4, Ephesians 5 v11

Tambourines in Scripture

The Hebrew word for tambourine is TOPH (Strongs 8596)


The Hebrew word for playing a tambourine is TAPHAPH (Strongs 8608)

The tambourine has been used since ancient times


Laban wanted to send Jacob and his family away with music - Genesis 3v27


Job speaks about people who played music and tambourines but did not want to know God - Job 21v12

The tambourine was used in warfare and to celebrate victory

The Lord defeating His enemies to the sound of the tambourine - Isaiah 30v32


Miriam led the women in praising God for His deliverance from the Egyptians
Exodus 15v20


Celebrating David's victory over the Philistines - 1 Samuel 18v6


Jephtah's daughter meeting him after his victory - Judges 11v34

The tambourine was used in praise and worship


Prophets using the tambourine and other instruments
1 Samuel 10v5
2 Samuel 6v5
1 Chronicles 13v8
Psalm 68v25
Psalm 81v2


The praise and worship was joyful, but done in an orderly manner

The tambourine is associated with dance


Psalm 149v3
Psalm 150v4
Jeremiah 31v4


See also some of the previous references
Exodus 15v20
Judges 11v34
1 Samuel 18v6

Berubah untuk Berbuah.....



Every Move i Make...




Na na, na na na na

Every move i make
i make in You
You make me move, Jesus
Every breath i take
i breathe in You

Every step i take
i take in You
You are my way, Jesus
Every breath i take
i breathe in You

Waves of mercy
Waves of grace
Everywhere i look
i see Your face
Your love has captured me
Oh my God, this love
How can it be

Na na, na na na na